Ke laman utama
APA ITU PEMADAM
Aktiviti Terkini
Program Kembara merdeka-Belia Benci Dadah III

Mukah-Dalat-Matu-Daro

28 - 30 Oghos 2007








 

PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia. Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam membasmi DADAH.


Majlis Makan Malam PEMADAM bersama Y.Bhg Datuk Hajjah Sharifah Mordiah Tuanku Hj. Fauzi,
Pengerusi PEMADAM Negeri Sarawak
merangkap Naib Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan

sila klik disini untuk gambar
MESYUARAT AGUNG PEMADAM DAERAH MUKAH, 20 APRIL 2007
Program Orientasi Masyarakat Bebas Dadah
Majlis Kesedaran Ibubapa
Seminar Gejala ATS di Kch
Mesyuarat Pemadam
TUGAS-TUGAS PEMADAM
   
1.Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaaan dadah melalui rancangan pencegahan, pendidikan dan penerangan.

2.Mengumpul dan menyampaikan pendapat pakar-pakar mengenai penggunaan dadah dan menganjurkan seminar, majlis dialog, forum dan kursus-kursus.

3.Membantu dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling.

4.Bekerjasama dengan Jabatan-Jabatan kerajaan yang bersangkutan dan lain-lain pertubuhan sukarela dalam usaha mencegah penggunaan dadah.

 
DI MANA LETAKNYA PEMADAM
   
Ibu Pejabat PEMADAM KEBANGSAAN letaknya di:

No.8, Jalan Ledang,
50480 Kuala Lumpur,
Tel:03-2541187
Fax;03-2543233/03-2551897

PEMADAM NEGERI SARAWAK letaknya di:

Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi,
Tingkat 3, Bangunan Baitulmakmur,
Petra Jaya,
93050 Kuching.
No. Tel:082-440080/440441
No.Faks:082-440394/312531

PEMADAM DAERAH MUKAH

Pejabat Daerah Mukah,
Tingkat Bawah,
Menara Pehin Setiaraja Mukah,
96400 Mukah
No.Tel:084-871963
No.Faxs:084-872117

 

 
Bagaimana Anda Boleh Menolong Kami?
   
1.Sertailah PEMADAM dengan segera. Hubungi Cawangan PEMADAM di tempat anda untuk menjadi ahli.

2.Yakinkan sahabat-sahabat, saudara-mara dan jiran-jiran anda untuk melibatkan diri dalam usaha pencegahan penggunaan dadah.

3.Jika anda seorang ahli PEMADAM hubungilah Cawangan PEMADAM di tempat anda untuk memberi sumbangan dan khidmat yang termampu.

4.Rujukkan sesiapa sahaja yang anda ketahui mempunyai tingkah laku yang ganjil yang disangsi penagih dadah kepada pejabat PEMADAM setempat.

5.Berikan khidmat sukarela dalam bidang-bidang kemahiran anda kepada PEMADAM seperti:-

-buah fikiran yang membina
-lapangan penulisan
-lapangan lukisan
-lapangan senifoto
-lapangan vokasional
-lapangan agama
-lapangan hobi, permainan, sukan dan yang seumpamanya.


© HAKCIPTA TERPELIHARA| PEJABAT DAERAH MUKAH :: V.9:07//edisi pemadam