1.
Pegawai yang diberi kuasa sebagai Ketua
Pegawai Kerajaan dalam sesebuah Daerah.
2.
Dilantik sebagai Majistret Kelas Pertama
mengikut Peruntukan Akta Mahkamah Rendah
1948 :-
Yang diberi
kuasa untuk menjatuhkan hukuman terhadap
pesalah jenayah selama 10 tahun
penjara. Dalam
hal- hal sivil, beliau boleh mendengar
semua
tuntutan di mana nilainya tidak
melebihi
RM25,000.
b) Majistret tempatan mempunyai
tugas-tugas tertentu mengikut prosedur
kod jenayah seperti
memerintah pesalah ditahan reman di
bawah jagaan pihak polis, merekod pengakuan
pesalah
dalam kes jenayah atau melaksanakan
sesi soal siasat.
c)
Selaku Majistret kelas pertama, beliau
berperanan untuk bertanya di mana, bila,
bagaimana
dan selepas perkara itu berlaku menyebabkan
kematian dan sama ada terdapat individu
yang
bertanggungjawab di atas punca sebenar
kematian( Inquest )
3.
Sebagai Pegawai Probate, beliau
:-
Mengeluarkan Surat
Probate / Mentadbir Harta dalam
lingkungan daerahnya.
Mengambil alih
urusan mentadbir apa-apa kepentingan
dalam daerahnya terhadap si mati dalam
perkara di
mana tiada orang layak untuk melaksanakan
perkara di atas.
4. Beliau
membuat pertimbangan bagi perkara-perkara
melibatkan pertikaian.
5. Pendaftar
Anak Angkat di Sarawak.
6.
Menjaga kepentingan masyarakat Islam.
7. Mendengar,
mengenalpasti, menuntut atau membantah
cadangan untuk melaksanakan mana-
mana tanah
sebagai hutan simpanan, hutan lindungan
atau hutan bersama.
8. Mendengar
dan mengenalpasti apa-apa tuntutan sebelum
tanah dijadikan sebagai taman negara
atau tanah
rizab bumiputera oleh TYT.
9. Pendaftar
nama perniagaan
10.
Timbalan pemungut untuk tujuan perniagaan,
pekerjaan dan ordinan perlesenan perdagangan.
11.
Pendaftar sewa
12.
Pendaftar bil jualan.
13.
Melaksanakan kuasa dan tugas di bawah
Akta Senjata Api (Akta 206).
14.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Daerah.
15.
Penolong Pesuruhjaya Banci.
16.
Pegawai Pengurus kawasan bagi bahagian
pilihanraya parlimen dan negeri.
17.
Pegawai Pelabuhan.
18.
Timbalan Pemungut duti setem.
19. Pengerusi, Jawatankuasa pembangunan
Daerah |