LAMAN UTAMA | ENGLISH VERSION | VERSI BAHASA MELAYU |  ERC PUSA | GALERI | PERATUSAN PENGGUNA

   

   
 


:: WEBMASTERMUKAHDO ::

semua 'chatters' TIDAK DIBENARKAN menggunakan bahasa yang tidak difahami dan menyentuh sensitiviti pihak lain. Harap Maklum

 



Laman rasmi SMKTRSMUKAH

CONTACT US:

ELECTRONIC RESOURCES CENTRE
District Office Mukah,
Ground level,
Menara Pehin Setiaraja,
96400 Mukah

Tel : 084-871963 / 084-873188,
Faxs : 084-872117

ERC Supervisor :
Azri Brahim,
H/P :0146865562

..................................................

WAKTU PEJABAT


ISNIN - KHAMIS

 8.00 pg -1.00 tgh  
2.00ptg - 5.00 ptg


JUMAAT

8.00 pg - 11.45 tgh
2.15 ptg - 5.00 ptg


ERCMUKAH MENGUCAPKAN
SELAMAT MENYAMBUT
RAMADHAN AL MUBARAK
1428 H / 2007 M

 
BULETTIN ERCMUKAH

Program ICT Untuk Rakyat Mukah

Usaha kerajaan meningkatkan prasarana ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dilihat tidak hanya bertujuan merapatkan jurang digital, tetapi juga sebagai jentera untuk mengerakkan masyarakat ke arah penglibatan secara menyeluruh dalam pembangunan.

Ini yang dapat disaksikan di PID (Pusat Internet Desa) Mukah. PID Mukah adalah salah satu projek di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) yang telah dibangunkan sejak setahun yang lepas.

Sambutan menggalakkan daripada warga emas dan golongan wanita di sini sudah cukup membuktikan kemudahan ini telah berjaya mencapai objektifnya,jelas Azlani Bin Sim, Penyelia PID Mukah. Pihaknya kerap menerima permintaan daripada golongan berkenaan untuk mengadakan latihan dan kursus ICT, jelas Azlani yang berkeyakinan usaha ini boleh membuka lebih banyak peluang ekonomi dengan memasar dan memperluaskan pasaran produk melalui internet.

Menurut Azlani lagi, bilangan ahli yang berdaftar dengan PID Mukah dari semasa ke semasa terus meningkat. Sehingga kini, keahliannya telah mencecah 553 orang (setakat April 2005). Tambah beliau lagi, kemudahan di sini turut digunakan sepenuhnya oleh pelajar luar bandar yang rata-ratanya menggunakannya untuk mendapatkan bimbingan dalam ICT selain mendapat maklumat untuk kerja kursus mereka.

Sementara itu, Pusat Sumber Maklumat Elektronik atau ERC (Electronic Resources Centre) pula, projek di bawah Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICTU), Jabatan Ketua Menteri adalah satu lagi pusat ICT di Mukah yang diwujudkan bagi memberi khidmat sokongan kepada Pejabat Daerah Mukah.

Proses dan sistem perkhidmatan kerajaan kini sudah jauh berubah di mana kebanyakan dilakukan secara online, jelas En Azri Brahim selaku Penyelia ERC Mukah yang merujuk kepada perkhidmatan yang disediakan ERC Mukah.

Selain memuat turun borang SPA Negeri dan e-recruitment, menurut Azri ERC Mukah juga sedia memberi tunjuk ajar dan latihan kepada pengguna yang kurang mahir menggunakan komputer.

Salah seorang pengguna Faizatul Syima Bte Marikan, antara pengguna kerap perkhidmatan ini menyifatkan pusat setempat ini banyak membantu golongan remaja sepertinya yang ingin mencari maklumat mengenai pekerjaan. Ternyata PID mahupun ERC yang mempunyai peranan masing-masing adalah sebahagian daripada perancangan pelan induk pembangunan Mukah sebagai sebuah Bahagian baru yang bukan sahaja perlu kuat dari segi ekonominya malah berkeupayaan dari segi pembangunan sumber manusia terutama mewujudkan masyarakat bermaklumat (k-society)

sumber : Isu Julai RAKAN Sarawak 2005

SEJARAH PENUBUHAN

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memberi perkhidmatan yang cepat, effisien dan berkualiti, Kerajaan Negeri Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen dan Pejabat Daerah Mukah telah menubuhkan Pusat Sumber Maklumat Elektronik Mukah (Electronic Resources Centre) di Pejabat Daerah Mukah.

Pusat ini juga akan dijadikan sebagai Pusat atau hub bagi aktiviti perkhidmatan kerajaan secara elektronik dan juga sebagai pusat penyampaian dan penyebaran maklumat kerajaan bagi Bahagian Mukah.

.................................................................................................

FUNGSI ERC MUKAH

E-JOB APPLICATION
 
Pusat ini akan digunakan untuk mendapatkan borang yang digunakan untuk memohon pekerjaan pada Kerajaan Negeri.pemohon boleh mengisi terus borang yang ada pada laman web tersebut di alamat www.e-recruitment.gov.my dan mendaftar sebagai pemohon.

ONE STOP CENTRE


Pusat ini akan menjadi Pusat Maklumat Daerah, dimana maklumat mengenai fungsi agensi dan borang-borang permohonan yang digunakan oleh agensi terdapat pada pusat ini.Maklumat am agensi-agensi kerajaan juga boleh diperoleh di Pusat ini.


.................................................................................................

 
 
OBJEKTIF

Menjadi pusat perkhidmatan setempat bagi perkhidmatan kerajaan negeri menerusi talian elektronik.

Menjadi penghubung antara kerajaan Negeri dan orang ramai menerusi pengendalian, penyebaran dan perolehan maklumat kerajaan.

Menggalakkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi oleh masyarakat setempat dalam berurusan dengan Kerajaan Negeri.

Membentuk masyarakat yang lebih maju bagi masyarakat setempat yang berteraskan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

 .................................................................................................

 

© HAKCIPTA TERPELIHARA| PEJABAT DAERAH MUKAH :: V.9:06