Penafian
I
Disclaimer |
PERLANTIKAN
KETUA KAUM |
(Petikan dari Memorandum Pekeliling Bil.
165/EO/2604 bertaikh 2 Oktober 1980)
A.
PENGENALAN
Skim Perkhidmatan Ketua-Ketua Kaum terkandung
dalam Memorandum Pekeliling Bil. 165/EO/2604
bertarikh 2 Oktober 1980 termasuk pindaan-pindaan
yang berlaku dari masa ke semasa.
B.
SKIM PERKHIDMATAN KETUA -KETUA KAUM
Sebagai menghargai perkhidmatan-perkhidmatan
yang amat bernilai yang disumbangkan oleh
Ketua-Ketua Kaum dan Kapitan-Kapitan Cina
tanpa gaji dalam pentadbiran harian di peringkat
tempatan di dalam negeri, Kerajaan telah mengambil
keputusan untuk menyelenggarakan perlantikan-perlantikan
mereka dan mereka dibayar saguhati. Peraturan-peraturan
dan syarat-syarat perkhidmatan mereka adalah
digariskan dalam Memorandum Pekeliling Bil.
165/EO/2604 bertarikh 2 Oktober 1980. Pekeliling
ini berkuatkuasa mulai 1 Julai 1980.
C.
TATANAMA
Ketua-Ketua Kaum dan Kapitan-Kapitan Cina
tanpa gaji dikenali secara umumnya sebagai
Ketua Kaum tetapi secara individu mereka diberi
gelaran berikut :
Ketua Kampung
Gelaran ini merujuk kepada kaum Melayu, Bidayuh,
Melanau, Bisaya atau kaum-kaum lain yang menggunakan
gelaran Wakil Tua Kampung atau Tua Kampung.
Tuai Rumah atau Tuai Uma
Gelaran ini digunakan oleh kaum Iban, Orang
Ulu dan kaum-kaum lain yang menggunakan gelaran
yang sama pada masa sekarang.
Kapitan Cina
Gelaran ini merujuk kepada bekas-bekas Kapitan
(Chinese Headmen or Area Sub-Headmen) yang
telah lama wujud dalam masyarakat Cina.
D.
PERLANTIKAN KETUA KAUM
Sebelum Ordinan Mahkamah Bumiputera 1992 (Ordinan
No. 9/92) berkuatkuasa pada 1 Januari 1993,
semua Ketua Kaum dilantik oleh Setiausaha
Kerajaan Negeri. Beliau boleh menyerahkan
kuasa perlantikan ini kepada Residen- Residen
di Bahagian masing-masing. Tuan Yang Terutama
Tang Di Pertua Negeri Sarawak berkuasa melantik
Ketua Kaum mulai tarikh penguatkuasaan Ordinan
Mahkamah Bumiputera 1992. Prosedur perlantikan
adalah melalui perundingan antara Ketua Masyarakat
bagi kawasan berkenaan dengan Pegawai Daerah.
Selepas itu Pegawai Daerah berkenaan akan
mengemukakan cadangan kepada Setiausaha Kerajaan
Negeri melalui Residen berkenaan. Perlantikan
seseorang Kapitan Cina adalah untuk semua
kaum Cina bagi sesuatu kawasan dan bukan untuk
sesuatu suku kaum Cina sahaja. Perlantikan
ke dalam Perkhidmatan Ketua Kaum adalah terpulang
kepada kehendak (at the pleasure of) Kerajaan
dan boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak
dengan memberi satu bulan notis ataupun membayar
satu bulan saguhati. Setiap Residen adalah
dikehendaki menyelenggara satu daftar bagi
semua Ketua Kaum di Bahagiannya. Beliau juga
mengeluarkan sijil perlantikan melalui penggunaan
borang-borang tertentu yang dibekalkan oleh
pihak Setiausaha Kerajaan Negeri. Residen
akan menyediakan tanda-tanda (name tags) dan
mengemukakan salinan sijil perlantikan itu
kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.
E.
KELAYAKAN CALON UNTUK PERLANTIKAN SEBAGAI
KETUA KAUM
Calon-calon mesti memenuhi kelayakan berikut
:
(a) Umur tidak kurang daripada 30 tahun
(b) Penduduk tempatan; dan
(c) Warganegara Malaysia
Tidak ada calon akan dilantik ke dalam Perkhidmatan
Ketua Kaum sekiranya didapati bahawa dia pernah
disabitkan dengan kesalahan seperti tidak
jujur, menerima rasuah, keganasan atau perlakuan
yang tidak senonoh, atau tidak menetap di
dalam kawasan di bawah bidangkuasanya.
F.
TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA KAUM
Tugas-tugas dan tanggungjawab seorang Ketua
Kaum adalah seperti berikut :
(a) Membantu Penghulu dalam pentadbiran di
kawasannya secara am apabila dikehendaki;
(b) Menggalak dan membimbing anak buah menyertai
kegiatan-kegiatan atau projek-projek Kerajaan;
(c) Menyelesaikan pertikaian-pertikaian keluarga
atau lain yang melibatkan pemali atau pantang
menurut adat resam dan undang-undang adat,
dan perkara-perkara berkaitan yang diperuntukkan
dalam Ordinan Mahkamah Bumiputera.
(d) Menjalinkan perhubungan rapat di antara
anak buah dan Kerajaan; dan
(e) Menjalankan arahan-arahan Kerajaan dari
masa ke semasa
|
|
© Allright Reserved
Mukah District office 2001-2005
|